Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara Shah Alam terhadap Saudara Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan Demonstrasi Aman Kebebasan Akademik di UIAM, jumaat lalu.
SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B).
Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu, dalam tulisan dalam blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai adalah tidak patut dan mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantahnya Selasa lalu.
Perkara ini membuktikan, Hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya.
Atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa Akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, Namun Yang sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap Pentadbiran seperti ini dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara Mahasiswa.
Sekirannya Pihak pentadbiran UITM mengambil tindakan terhadap Saudara Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada saudara Khalid.
Farel
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa

No comments:
Post a Comment